YWM | WEBINAR WAKAF | YWM: MENDEPANI CABARAN – CABARAN PENGURUSAN WAKAF DI MALAYSIA

0
76

PUTRAJAYA, 26 NOVEMBER 2020 – Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Jawatankuasa Wakaf UiTM Cawangan Kedah menganjurkan Webinar WAKAF bertemakan YWM: Mendepani Cabaran – Cabaran Pengurusan Wakaf di Malaysia secara atas talian menggunakan aplikasi Cisco Webex. Antara objektif penganjuran program ini adalah seperti berikut:

  1. Menghimpunkan pembuat dan pelaksana dasar terutamanya di peringkat Persekutuan mengenai perancangan dan hala tuju wakaf di Malaysia serta inisiatif-inisiatif dalam merealisasikannya;
  2. Membincangkan mengenai pelaksanaan wakaf bersifat kontemporari secara terperinci dengan mengambil kira kedudukan wakaf dalam Perlembagaan Persekutuan dan pandangan dari sudut syara‘;
  3. Menjadi platform kepada pentadbir wakaf, para cendekiawan, penyelidik dan pihak-pihak yang berkepentingan memberi cadangan dan bertukar pandangan dalam membantu memperkasakan wakaf di Malaysia; dan
  4. Memaklumkan kepada peserta bagaimana masyarakat sama ada individu atau agensi untuk turut sama membantu menjayakan usaha murni ini.

Webinar ini telah berjaya menerima penyertaan seramai 145 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi serta individu. Webinar ini diterajui oleh Ustazah Noor Hidayah Kasim, Ketua Akademi, Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Kedah sebagai moderator dan YBhg. Prof. Madya Dr Amir bin Shaharuddin (Ketua Pegawai Eksekutiif YWM) sebagai penceramah.

Penghargaan juga turut diberikan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Webinar Wakaf ini. Semoga bertemu lagi pada Webinar Wakaf akan datang.