fbpx

YWM | SELAMAT DATANG KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAHARU YAYASAN WAQAF MALAYSIA

PUTRAJAYA, 1 September 2020 – Seluruh warga kerja Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) mengalu-alukan kedatangan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu, YBhg. Dr. Amir bin Shaharuddin, yang telah melapor diri pada 1 September 2020. 


Beliau telah mendapat pendidikan sebagai pelajar Sarjana Muda Syariah (Kepujian), Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 2001, Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2005 dan menghabiskan pengajian di peringkat ijazah Doktor Falsafah (Pengajian Islam) di University of Exeter, United Kingdom pada tahun 2010. Diantara jawatan-jawatan yang telah disandang oleh beliau adalah Ketua Program Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat, USIM (2011 – 2012), Timbalan Dekan Akademik dan Penyelidikan, USIM (2012 – 2013), Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (2013-2018), Ahli Senat USIM (2013 – kini) dan Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah USIM (2019 – Ogos 2020). 


Selain itu, beliau juga memegang beberapa jawatan lain iaitu Ahli Jawatankuasa Syariah, RHB Islamic Bank (2011 – 2019), Ahli Jawatankuasa Penasihat Syariah, YWM (2017 – Ogos 2020), Penasihat Syariah, Malaysia Airport Consultancy Berhad (2014 – kini), Ahli Jawatankuasa Syariah, Hong Leong Islamic Bank (2020 – kini) dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah, Hong Leong MSIG Takaful (2020 – kini).


Tahniah diucapkan dan diharap dengan kehadiran YBhg. Dr. di YWM ini dapat membawa transformasi budaya kerja ke arah yang lebih cemerlang. Semoga ilmu serta pengalaman yang ada dapat dikongsi bersama seluruh warga kerja YWM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *