fbpx

YWM | MAJLIS PENYERAHAN REPLIKA CEK BANTUAN PERNIAGAAN YWM KEPADA USAHAWAN ASNAF

KUALA LUMPUR, 14 September 2020 –  YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) diiringi oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharuddin selaku Ketua Pegawai Eksekutif YWM telah menyampaikan sumbangan bantuan perniagaan YWM berjumlah RM50,000.00 kepada 10 orang usahawan asnaf Wilayah Persekutuan.

Bantuan perniagaan di bawah Program Bantuan Perniagaan dan Latihan Keusahawanan Asnaf YWM berjumlah RM5,000.00 bagi setiap individu ini merupakan inisiatif YWM untuk membantu usahawan terutama dari kalangan asnaf dan kumpulan B40 memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing melalui dana manfaat wakaf YWM serta dana tajaan daripada pihak-pihak lain. 

Semoga melalui bantuan perniagaan ini, sedikit sebanyak dapat membantu para usahawan untuk terus maju mengembangkan perniagaan mereka.  Teruskan menyumbang ke YWM agar manfaat daripada wakaf dapat disebarluaskan kepada lebih ramai orang di luar sana. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *