fbpx

YWM | DANA MANFAAT WAKAF YWM BANTU ASNAF MULAKAN BISNES

DANA MANFAAT WAKAF YWM BANTU ASNAF MULAKAN BISNES

18 Ogos 2020 – Seramai 15 orang usahawan asnaf berdaftar dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menghadiri sesi temuduga bantuan perniagaan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). Temuduga ini merupakan kesinambungan kepada Kursus Asas Keusahawanan YWM yang telah dilaksanakan sebelum ini di mana pelatih-pelatih kursus tersebut yang berdaya maju, diberi peluang untuk membentangkan cadangan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing. Usahawan asnaf yang berjaya di dalam sesi temuduga ini akan diberikan bantuan tunai berjumlah RM5,000.00 setiap seorang sebagai permulaan untuk mengembangkan perniagaan.

Sumber dana bagi program bantuan ini adalah menggunakan dana manfaat wakaf terkumpul di YWM. Adalah diharapkan sumbangan bantuan perniagaan ini akan dapat membantu para usahawan asnaf melonjakkan prestasi perniagaan masing-masing ke tahap yang lebih tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *