fbpx

YWM | 12 TAHUN YAYASAN WAQAF MALAYSIA BERSAMA ANDA!

12 TAHUN YAYASAN WAQAF MALAYSIA BERSAMA ANDA!

27 Julai 2020 – Bersempena Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) Siri 31 Bil 2/2020 yang diadakan di Dewan Syura Perdana, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, YWM turut meraikan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan YWM ke-12. Majlis dimeriahkan dengan upacara memotong pulut kuning  oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang juga Pengerusi YWM sebagai simbolik sambutan ulang tahun tersebut.

 

Bersama dalam majlis ini adalah Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji merangkap Naib Pengerusi YWM serta ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YWM yang terdiri daripada wakil setiap Majlis Agama Islam Negeri, Kementerian Kewangan Malaysia dan pakar rujuk dari pelbagai bidang.

 

Mengulas mengenai pencapaian 12 tahun dan sehingga 31 Mei 2020, jumlah terkumpul dana Wakaf Tunai Malaysia adalah RM17.9 juta yang diterima melalui pelbagai medium pewakafan yang telah disediakan seperti Sistem Wakaf Tunai Malaysia (potongan gaji dan one-off), perbankan atas talian dan produk-produk takaful yang disinergikan dengan wakaf. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM14.1 juta bersamaan 78.6% telah diagihkan bagi tujuan pembelian aset-aset wakaf (sama ada aset tak alih dan aset alih) serta dimanfaatkan di negeri-negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.

 

Selain itu, institusi / golongan yang memerlukan turut disantuni oleh YWM menggunakan dana manfaat wakaf dan dana CSR YWM. Antara bentuk sumbangan adalah penyediaan pek barangan makanan keperluan asas, pembiayaan pendidikan, keperluan pusat pengajian, surau / masjid, bantuan bencana alam serta bantuan kecemasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *