fbpx

TH Laksana Program Gotong-Royong Masjid

TH Laksana Program Gotong-Royong Masjid
TH Laksana Program Gotong-Royong Masjid

KOTA BELUD, 17 Julai 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan program gotong-royong di Masjid Jamek Al-Hashim yang melibatkan seramai lebih 100 orang terdiri daripada anggota TH Negeri Sabah, ahli jawatankuasa masjid serta ahli komuniti daerah Kota Belud.

Objektif utama program ini adalah untuk membersih dan membaik pulih keadaan masjid yang terjejas teruk akibat bencana banjir kilat pada lewat Jun 2020 lalu, sekaligus mengurangkan beban kerja ahli jawatankuasa masjid. Melalui program ini, TH juga membantu mangsa-mangsa banjir kilat melalui Zakat Wakalah Negeri Sabah dengan memberi bantuan kewangan berjumlah RM142,500 kepada 285 buah keluarga terlibat, di mana setiap keluarga akan menerima sumbangan sebanyak RM500.

“Program yang kita laksanakan hari ini adalah salah satu daripada aktiviti khidmat masyarakat dalam usaha membantu mereka, khususnya yang ditimpa bencana dan memerlukan bantuan. Program sebegini juga merupakan platform terbaik bagi pihak pengurusan TH untuk mendekati masyarakat dan mengeratkan lagi ikatan silaturrahim,” kata Pengarah Eksekutif Operasi TH, Tuan Haji Mustakim bin Mohamad yang turut sama bergotong-royong membersihkan kawasan masjid.

TH berharap aktiviti gotong royong dan sumbangan yang diberi dapat meringankan beban ahli komuniti dan keluarga yang terkesan akibat bencana banjir kilat tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah YBrs. Puan Hajah Diana Abdullah, Pegawai Daerah Kota Belud; YBhg. Datin Hajah Nurlaila Said, Pengarah TH Negeri Sabah; barisan pengurus cawangan dan anggota-anggota TH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *