fbpx

TH Bayar Zakat Sebanyak RM6.7 Juta Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

TH Bayar Zakat Sebanyak RM6.7 Juta Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

TH Bayar Zakat Sebanyak RM6.7 Juta Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Kuala Terengganu, 23 September 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM6,746,851.95 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam satu majlis ringkas di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu telah berkenan menerima bayaran Zakat TH daripada YBhg. Dato’ Mohyen bin Mosman Pengarah Negeri TH Terengganu. Bayaran zakat bagi negeri Terengganu ini mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2018 (RM 6,522,964.21).

TH berharap pembayaran zakat ini dapat dimanfaatkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka di negeri Terengganu bagi kelestarian ekonomi golongan asnaf, tambahnya lagi.

Jumlah keseluruhan bayaran Zakat TH 2019 terus mencatatkan peningkatan di seluruh negeri sebanyak RM86,185,327.00 berbanding RM85.570,873.00 pada tahun 2018.

Pada tahun ini, TH memperkasakan lagi tanggungjawabnya dengan pelaksanaan Program Zakat yang disasarkan kepada golongan yang memerlukan melalui penganjuran program berbentuk pendidikan,kebajikan dan kemasyarakatan. Inisiatif ini juga diharap memberi impak positif berganda kepada golongan asnaf.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Dato’ Mohd Zahari Bin Md Azahar, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Dr. Haji Zulkiply Bin Muda, Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Haji Osman bin Muda, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM ,YBrs. Tuan Haji M Rozi bin Haji Bidin , Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, Pegawai-pegawai MAIDAM dan Wakil Anggota TH.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *