fbpx

TH Bantu 121 Pelajar Asnaf SMK (P) Likas

TH Bantu 121 Pelajar Asnaf SMK (P) Likas

KOTA KINABALU, 7 September 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan sumbangan zakat kepada 121 orang para pelajar berstatus asnaf di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan (SMP), Likas, Kota Kinabalu, Sabah semasa majlis Amanat YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kepada anggota agensi agama di Sabah bertempat di Raia Hotel.

YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyerah sumbangan TH berjumlah RM36,300 kepada Ustazah Saredah Ismail yang mewakili pihak sekolah dan sumbangan TH berjumlah RM10,000 kepada Dr Haji Che Ik, mewakili Persatuan Ibu dan Bapa (PIBG) SMP Likas bagi tujuan baik pulih surau sekolah tersebut.

TH komited dalam menjalankan program-program zakat bagi membantu golongan sasar khususnya golongan asnaf, dalam pembangunan ummah yang lestari serta mengukuhkan imejnya sebagai institusi Islam yang dihormati kerana pencapaian dan tadbir urus yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *