fbpx

Terima kasih YB Khairy Jamaluddin,

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) atas sambutan dan layanan semasa kunjungan hormat tadi. Beberapa perkara telah dipersetujui bagi kerjasama JPM (Hal Ehwal Agama) dan MOSTI. Antaranya adalah:⁣

1. Penyelidikan fatwa berhubung sains dan teknologi seperti artificial intelligence, pengeditan genom manusia dll⁣

2. Penyelidikan halal seperti rantaian blok (blockhain) bagi pengesanan (track and trace) produk halal dan inovasi penyembelihan lembu.⁣

3. Pembangunan aplikasi dataraya (database) bagi anak kariah masjid di seluruh Malaysia.⁣

4. Inovasi kursus pra-perkahwinan atas talian (online) yang lebih interaktif dan bersifat edutainment.⁣

Saya turut menerima pelawaan YB KJ untuk melihat demonstrasi inovasi penyembelihan lembu bagi patuh penjarakan sosial dengan bantuan teknologi bagi dilaksanakan bagi ibadah korban tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *