fbpx

TELE-CONFERENCE KP/KHS JKSM BERSAMA CEO FAMILY COURT AUSTRALIA

TELE-CONFERENCE KP/KHS JKSM BERSAMA CEO FAMILY COURT AUSTRALIA
 
25 Jun 2020: YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pagi ini berkesempatan mengadakan sidang video bersama Mrs. Leisha Lister, CEO Family Court of Australia dan Mrs. Cate Summer Director Law Partners, Family Court of Australia bertempat di Pejabat Ketua Pengarah, Aras 7, JKSM.
 
Sidang yang dijalankan melalui aplikasi Zoom ini bertujuan membincangkan secara mendalam tentang perjalanan dan pengisian ceramah khas yang bakal dianjurkan JKSM melibatkan Justice Judith Ryan Hakim Mahkamah Rayuan (Bahagian Kekeluargaan) Australia dan Mrs. Leisha Lester (CEO Family Court Autralia) pada 3 Julai 2020 nanti.
 
JKSM bercadang menjemput Justice Judith Ryan dan Mrs. Leisha dalam siri ceramah khas seterusnya bagi berkongsi maklumat berkaitan peranan dan gerak kerja Mahkamah Keluarga di Australia kepada pegawai syariah di Malaysia.
 
Dalam sidang video tersebut, YAA Dato’ Dr. turut berkesempatan memberikan penerangan tentang Sistem Kehakiman dan Perundangan syariah di Malaysia kepada mereka.
 
Berita | Foto: UKK JKSM
 
“SYARIAH ASAS KEADILAN”
______________
 
Laman Web Rasmi JKSM:
🌐 www.jksm.gov.my
 
Talian Tetap JKSM:
📞 0388709200
______________
 
⭕ Jom Like, Follow dan Share rangkaian media sosial JKSM melalui link 👇👇👇
 
================
📸 Instagram:
================
 
https://www.instagram.com/p/CB1yHsvneer/?igshid=kvxtfir6pbln
 
================
👤 Facebook:
================
 
https://www.facebook.com/234147646954184/posts/1137699459932327/
 
============
🕊 Twitter:
============
 
https://twitter.com/jksm_official/status/1275970996533510144?s=19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *