fbpx

Sesi Pertemuan Graduan Ph.D JAKIM Bersama YB Menteri Di JPM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) telah menganjurkan program Sesi Pertemuan Pemegang Ph.D JAKIM bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 21 Julai 2020 ( Selasa ) bertempat di Hotel Everly Putrajaya.

Program tersebut telah dihadiri seramai 24 pegawai JAKIM yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dari pelbagai bidang kepakaran.

Program tersebut dilaksanakan bertujuan untuk menyantuni kumpulan pegawai intelektual JAKIM bagi perkongsian buah fikiran dan idea untuk memperkasakan JAKIM dari sudut pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam yang semakin mencabar. Pertemuan ini juga membuktikan YB Menteri dan Pengurusan Tertinggi JAKIM mengambil cakna keberadaan pegawai-pegawai ini dan mengiktiraf kepakaran yang dimiliki dengan mengambil tindakan terhadap perkara yang telah dicadangkan dalam sesi pertemuan kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *