fbpx

SEBUAH KELUARGA HILANG TEMPAT BERTEDUH DALAM MUSIBAH KEBAKARAN

Kejadian kebakaran di Taman Mutiara WP Labuan pada malam semalam telah mengakibatkan sebuah keluarga hilang tempat berteduh. Rumah sewa mangsa yang juga dikenali sebagai Encik Atim Bin Brahim sekelip mata musnah dijilat api sekitar jam 3 pagi di kediamannya M22 Taman Mutiara. Encik Atim juga merupakan penerima bantuan kewangan bulanan berjumlah RM500 sebulan.

Pengurus MAIWP Labuan Ustaz Ahmad Saifuddin Bin Hj Md Tahir bersama Timbalan Pengurus Ustaz Mohd Radzaleih bin Matusin turun padang menyantuni mangsa kebakaran selepas menerima laporan daripada Ketua Kampung dan juga aduan orang ramai.
Menurut Pengurus MAIWP Labuan kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat adalah perlu agar bantuan MAIWP dapat disalurkan dalam tempoh 48 jam setelah permohonan diterima.

Mangsa musibah kebakaran Encik Atim Bin Brahim tinggal bersama 7 orang anaknya yang masih bersekolah dalam lingkungan 8 tahun ke 22 Tahun dan pada malam kejadian beliau berada di Kota kinabalu Sabah bersama isterinya atas urusan keluarga manakala anak-anaknya semua berada di rumah semasa kebakaran. Hasil laporan siasatan masih belum diketahui punca sebenar kebakaran dan tindakan selanjutnya diserahkan kepada penilaian pihak polis.

Pihak MAIWP akan menyalurkan bantuan Musibah dan bantuan yang bersesuaian dalam kadar segera kepada mangsa musibah kebakaran.

Sumber dari MAIWP Labuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *