fbpx

PROGRAM BICARA INTEGRITI

  

“Sematkan di hati kerja sebagai ibadah dan bekerjalah seolah-olah kita merasai Allah sentiasa memerhati” Itulah yang disampaikan oleh penceramah program Bicara Integriti, Tuan Nik Syuharul Apizo bin Sapien, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Risiko dan Inspektorat, Majlis Amanah Rakyat (MARA). Beliau merupakan seorang Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) dan juga Kaunselor Berdaftar.

Wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah menyebabkan norma dan cara kerja sedia ada di kebanyakan pejabat kerajaan dan swasta di seluruh dunia telah berubah hingga menyebabkan ramai pekerja memilih untuk bekerja daripada rumah. Persoalannya, sejauh manakah nilai integriti dihayati?


Justeru, sebagai usaha untuk memupuk budaya kerja berintegriti dalam kalangan warga JAKIM dan bagi tujuan meningkatkan komitmen warga JAKIM tentang peranan dan tanggungjawab sebagai penjawat awam, Unit Integriti telah menganjurkan Program Bicara Integriti pada 3 Julai 2020 dengan mengenengahkan tajuk “Bekerja Daripada Rumah : Integriti Dihayati, Bukan Dikhianati”.

Program ini dijalankan secara hybrid iaitu dengan penglibatan seramai 25 orang peserta yang hadir secara fizikal manakala 53 orang peserta lagi hadir secara atas talian. Perkongsian ilmu dan pengalaman penceramah berkenaan tips mencari kebahagiaan melalui nilai integriti diharap dapat menjadi pemangkin kepada warga JAKIM untuk terus berusaha mempertingkatkan diri menjadi warga kerja yang berintegriti, berakhlak mulia dan cemerlang dalam semua aspek kehidupan.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha meningkatkan kesedaran integriti akan tercapai berdasarkan objektif yang telah disasarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *