fbpx

PERSIDANGAN KETUA-KETUA PENDAFTAR NIKAH CERAI RUJU’ DAN KETUA-KETUA PENDAFTAR JKSN/MSN SELURUH MALAYSIA KALI KELAPAN TAHUN 2020

1 Julai 2020: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini telah menjadi tuan rumah bagi Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah, Cerai, Ruju’ dan Ketua-Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri Seluruh Malaysia Kali Kelapan Tahun 2020 yang diadakan secara fizikal di Bilik Mesyuarat Utama JKSM dan melalui Aplikasi atas talian menggunakan Skype for Business bagi KPNCR dan KP JKSN/MSN.

Persidangan yang berlangsung selama 1 hari ini dimulakan dengan kata aluan oleh YA Tuan Haji Mohd Amran bin Mat Zain, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, JKSM sebelum diteruskan ucapan balas daripada YBrs. Tuan Marzuki bin Hassan, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Di antara tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk menyelesaikan isu dan masalah berhubung pengurusan perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang. Selain itu bagi menyelaras peraturan mengenai urusan perkahwinan, penceraian dan ruju’ di Malaysia serta mempertingkatkan keberkesanan pengurusan perkahwinan,penceraian dan ruju’ orang Islam melibatkan pihak berkuasa agama di Malaysia.

Seterusnya, sesi diteruskan dengan pembentangan Kertas Makluman Pelaksanaan Mahkamah Syariah Negeri Melaka dalam Permohonan Perintah Pengesahan dan Pendaftaran Perkahwinan (SOP 4P) oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Persidangan kali ini merupakan yang pertama diadakan secara atas talian melalui norma baharu susulan wabak Covid-19 dan seramai 30 orang ahli mesyuarat telah turut serta merangkumi KPNCR dan KP JKSN/MSN seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *