fbpx

Perhimpunan Bulanan JAWI Bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan program Perhimpunan Bulanan JAWI bersama YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 6 Julai 2020 (Isnin) jam 8.00 pagi di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Turut diadakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 138 orang penerima dalam kalangan warga JAWI yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tahun 2019 serta penyerahan Photobook JAWI Food Bank@Musaadah Covid19 dan Laporan Program Dapur It’am kepada YB Menteri di JPM.

Photobook JAWI Food Bank @ Musaadah Covid19 merakamkan foto-foto misi bantuan dan sumbangan JAWI Food Bank kepada golongan terkesan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang melanda negara. Kedua-dua buku ini boleh di muat turun di laman web www.jawi.gov.my.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), JAWI Food Bank melalui Misi Musa’adah Covid19 telah mengagihkan sejumlah 328,470 pek makanan dan 4,029 barangan keperluan asas dengan kos RM1,552,610 yang telah memanfaatkan golongan sasaran yang terdiri daripada petugas barisan hadapan, asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU), rakan jalanan, B40, bukan muslim dan warga asing. Manakala program Dapur It’am telah mengagihkan sejumlah 464,876 pek makanan dengan kos RM3,368,150 sepanjang bulan Ramadan yang lalu melalui masjid dan surau terpilih sekitar Wilayah Persekutuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *