fbpx

PENYERAHAN SUMBANGAN PEMBIAYAAN KOS PENGINAPAN KUARANTIN PELAJAR MALAYSIA DARI YAMAN

PENYERAHAN SUMBANGAN PEMBIAYAAN KOS PENGINAPAN KUARANTIN PELAJAR MALAYSIA DARI YAMAN

JPM (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Pusat Pungutan Zakat- MAIWP (PPZ-MAIWP) semalam telah menyampaikan sumbangan pembiayaan kos penginapan kuarantin pelajar Malaysia yang pulang dari Yaman. Jumlah keseluruhan bayaran kos selama dua minggu kuarantin bagi 83 orang pelajar adalah sebanyak RM156, 870.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepada Pengurus Besar Impiana KLCC Hotel, David Xavier.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, YBhg. Datuk Abdul Aziz Jusoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *