fbpx

PELAJAR IKB KEMBALI UNTUK MEMULAKAN PENGAJIAN.

Pendaftaran semula pelajar IKB secara berperingkat telah dijalankan untuk menyambung pengajian selepas ditangguhkan hampir tiga bulan susulan penularan wabak COVID-19. Berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak ini IKB tidak dapat beroperasi seperti biasa.


Pihak pengurusan IKB juga telah mengambil langkah amalan pencegahan jangkitan Covid-19 berdasarkan Garis Panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah ditetapkan demi memastikan keselamatan pelajar dan warga IKB.


Turut diselitkan sesi taklimat SOP Kursus dan SOP Asrama semasa pendaftaran ini bagi memberi pemahaman kepada pelajar dalam mengekang penularan wabak Covid-19 di IKB.

Sumber dari Baitulmal Skills Institute – MAIWP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *