fbpx

Bantuan #MusaadahKhasSiswa di UITM sebanyak RM15,000

Bantuan #MusaadahKhasSiswa sebanyak RM15,000 diserahkan kepada wakil-wakil Kolej Kediaman di UiTM Shah Alam. Turut hadir Naib Canselor UiTM dan pengurusan tertinggi kolej kediaman. Bantuan ini akan diagihkan kepada para siswa dari keluarga B40 dan asnaf yang memilih untuk berada di kampus sepanjang tempoh ini.
 
Kerajaan melalui agensi-agensi agama di bawah saya komited untuk meneruskan usaha ini yang bermula sejak Mac melalui #MusaadahCOVID19 sehingga hari ini. Insya-Allah kami akan berusaha sedaya upaya memenuhi keperluan mereka yang memerlukan sekadar termampu, dengan ruang lingkup bidang kuasa yang ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *