Mukadimah

 

Pada hari Khamis, 11 Jun 2020 bersamaan 22 Syawal 1441H, kami selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah diberi mandat untuk membuat satu pengumuman yang besar dan penting secara langsung berkenaan dengan penangguhan ibadah haji pada tahun ini. Keputusan ini telah melalui proses rundingan dan perbincangan bersama pihak berautoriti negara bagi mendapatkan natijah dan maslahat yang terbaik untuk rakyat Malaysia khususnya kepada bakal jemaah haji untuk tahun ini. Alhamdulillah, respon serta tindak balas daripada rakyat jelata di Malaysia menunjukkan hampir kesemuanya boleh menerima hakikat ini serta memahami isu Covid-19 yang masih lagi belum reda bahkan makin mengganas di sebahagian negara dalam dunia ini.

Mukadimah

Pada saat hampir keseluruhan masyarakat dunia berperang dengan wabak pandemik Covid-19, masih ada juga sebahagian pihak yang berperang menahan lapar dan dahaga. Ia lantaran krisis ekonomi harian mereka yang tergugat ekoran penularan wabak ini. Kini, kita sudah memasuki bulan Ramadhan al-Mubarak, yang merupakan satu bulan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Bersempena dengan ketibaan bulan yang mulia ini, satu inisiatif telah diambil bagi mewujudkan program yang dinamakan sebagai “Dapur It’am ”. Program ini dilaksanakan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Mukadimah

Ibadah korban termasuk daripada syiar-syiar agama Allah yang sewajarnya dibesarkan dan diagungkan. Justeru, di sana sudah tentu adanya kelebihan, fadilat dan adab-adab tertentu bagi orang yang ingin melaksanakan ibadat korban. Seiring dengan itu juga, timbulnya pelbagai persoalan semasa yang memerlukan pencerahan segera, yang diajukan kepada kami sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Antaranya hukum korban lembu Wagyu, hukum korban luar negara, hukum korban dengan wang Baitulmal, hukum memberi daging korban kepada orang bukan Islam dan hukum korban dengan rusa. Mudah-mudahan sedikit pencerahan dan buah fikiran yang diberikan ini dapat menjadi satu sumbangan kami kepada masyarakat.

Mukadimah

Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalah suatu yang sentiasa segar di dalam sejarah umat Islam. Ia telah memperlihatkan suatu pandangan yang jauh terhadap peradaban serta menjadi tanda aras kebangkitan yang seterusnya menyaksikan berkembangnya Islam ke seluruh pelosok dunia. Sempena sambutan Ma’al Hijrah untuk tahun 1442H ini, kami kemukakan risalah al-Bayan ini yang bertajuk Hijrah Rasulullah SAW: Ibrah dan Aplikasi Semasa. Semoga beberapa penjelasan dan maklumat yang terkandung di dalam risalah al-Bayan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Amin.

MUKADIMAH

Dewasa ini, masyarakat Islam di seluruh dunia mulai sedar akan wujudnya gerakan-gerakan yang membawa fahaman liberal, liberalisme dan Islam liberal. Masyarakat mulai menyebut-nyebut dan berbincang tentang gerakan liberalisme dan Islam liberal. Namun dalam masa yang sama, masih terdapat banyak salah faham dan ketidakjelasan maklumat akan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan istilah-istilah ini, hatta di sisi para pendakwah, asatizah dan para ilmuwan. Pada hakikatnya, perbahasan berkenaan liberal, liberalisme dan Islam liberal merupakan satu perbincangan yang amat panjang. Menyedari hal ini, dalam al-Bayan kali ini, kami akan menjelaskan secara ringkas definisi perkataan liberal dari sudut bahasa, sejarah ringkas gerakan liberalisme dan seterusnya membataskan perbahasan Syarak mengenai gerakan Islam liberal, dengan fokus terhadap pemikiran Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia sebagai salah satu gerakan Islam liberal yang paling berpengaruh.

al-Bayan Siri 4 – Liberalisme
Size: 10.00 MB
Published: October 13, 2020