fbpx

Misi Musa’adah Pasca COVID-19 JAWI Food Bank

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan program Misi Musa’adah Pasca COVID-19 JAWI Food Bank bersama YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 3 Julai 2020 (Jumaat) jam 3.00 petang di Madrasah Babul Khairat, PPR Perkasa, Cochrane. Turut hadir Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI.
YB Menteri menyampaikan bantuan sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, bihun, sardin, susu dan biskut kepada 50 orang penduduk yang memerlukan di PPR pada majlis tersebut

serta mengadakan kunjungan ke rumah penerima bantuan.
Misi Musa’adah Pasca COVID-19 JAWI Food Bank adalah sebuah kesinambungan inisiatif menyantuni dan meringankan bebanan penduduk yang terdiri dari golongan asnaf dan B40 yang terkesan dengan tempoh PKP yang lalu. Sebelum ini, JAWI Food Bank melalui Misi Musa’adah Covid19 telah mengagihkan sejumlah 328,470 pek makanan dan 4,029 barangan keperluan asas dengan kos RM1,552,610 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memanfaatkan golongan sasaran yang terdiri daripada petugas barisan hadapan, asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU), rakan jalanan, B40, bukan muslim dan warga asing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *