fbpx

Misi Musa’adah Pasca COVID-19 JAWI Food Bank

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan program Misi Musa’adah Pasca COVID-19 JAWI Food Bank bersama YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 28 Julai 2020 (Selasa) jam 3.30 petang di Perumahan Awam Seri Negeri Sembilan, Sentul, Kuala Lumpur.

YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) menyampaikan bantuan sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, bihun, sardin, susu dan biskut kepada 50 orang penduduk yang memerlukan di PPR berkenaan serta mengadakan kunjungan ke rumah penerima bantuan.

Misi Musa’adah Pasca COVID-19 JAWI Food Bank diadakan dengan tujuan meringankan bebanan penduduk yang terdiri dari golongan asnaf dan B40 yang terkesan dengan tempoh PKP tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *