fbpx

Masih Ada Yang Dipeduli

Bertindak atas aduan awam yang diterima, Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP Labuan bersama Pengurus MAIWP Labuan hari ini telah turun menyantuni keluarga Encik Muliyadi bin Halim yang terletak di Perumahan Mutiara, Kampung Sungai Bedaun.

Anak sulung Encik Muliyadi, pemegang kad OKU (Autisme) berumur 18 tahun mengidap serangan strok dan didiagnos “Left Fronparetal Tumor” pada Mei lalu. Pegawai perubatan hospital mengesyorkan beberapa peralatan kesihatan yang bersesuaian bagi meningkatkan tahap kesihatan dan memudahkan pergerakan.

Prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga ini, Skuad mengesyorkan beberapa bantuan yang sesuai bagi meringankan beban yang ditanggung mereka sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *