fbpx

Majlis Zakat Korporat dan Serahan Sijil Zakat Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP)

Majlis Zakat Korporat dan Serahan Sijil Zakat Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP)

PUTRAJAYA , 21 Julai 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini telah menghadiri Majlis Zakat Korporat dan Penyerahan Sijil Zakat anjuran PPZ MAIWP bertempat di Hotel Everly, Putrajaya yang dihadiri 14 pembayar zakat korporat PPZ MAIWP untuk menerima Sijil Zakat pembayaran zakat korporat TH tahun 2019.

Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memberi galakan kepada syarikat-syarikat korporat lain untuk membayar zakat perniagaan. Dalam tempoh Januari hingga Jun 2020, PPZ MAIWP telah mengutip zakat berjumlah RM58,171,023.19 dan menunjukan peningkatan sebanyak 8 peratus daripada tahun lepas.

Pengurusan TH diwakili oleh YBhg. Dato’ Sri Syed Salleh Syed Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif Haji, Tuan Haji Khairoddin Ahmad, Pengarah TH Wilayah Persekutuan / Selangor dan Timbalan Pengarah TH Wilayah Persekutuan.

Majlis disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al- Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir ke majlis adalah YBhg. Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al Habshee, Pengerusi PPZ MAIWP dan Tuan Haji Ahmad Shukri bin Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif, PPZ MAIWP.

Pada satu Majlis Zakat Korporat terdahulu bertarikh 15 Mei 2020 di Putrajaya, TH telah membayar zakat berjumlah RM7,994,661.23 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *