fbpx

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M

 

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2020 – JAKIM telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020M pada 1 Muharram 1442H bersamaan 20 Ogos 2020M (Khamis) bertempat di Dewan solat Utama, Masjid Negara Kuala Lumpur mulai jam 5.30 petang. Majlis sambutan ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.Turut dijadualkan hadir adalah YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin HajiMohd. Yassin, Perdana Menteri dan YB Senator Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, dif-dif jemputan dan Duta-Duta Luar Negara.


Tema Sambutan Ma’aI Hijrah “UMMAH RABBANI NEGARA HARMONI”. Iaitu Islam menguruskan penghijrahan yang berlaku dalam masyarakat memerlukan kepada kekuatan modal insan, ilmu dan pengetahuan serta kecekapan pengurusan. Ketiga-tiga aspek ini terangkum dalam konsep ummah Rabbani yang bukan semata-mata memberi fokus kepada urusan ukhrawi bahkan ia turut memberi penekanan terhadap urusan mentadbir urus
duniawi dan segenap aspek termasuklah ekonomi, politik, kesihatan,
kebajikan, dan lain-lain lagi.

Kemuncak bagi Majlis Sambutan Ma’al Hijrah ini adalah penganugerahan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M. Pada tahun ini, Jawatankuasa Induk telah bersetuju menyampaikan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada seorang tokoh tanahair iaituTan Sri Dato’ seri Noor Hisyam bin Abdullah. Beliau juga merupakan Pengarah Kesihatan Malaysia.
Manakala seorang tokoh antarabangsa telah dianugerahkan kepada Ybhg Syeikh Prof. Dr Ahmad Tayyib, Syeikh Al Azhar Al Syarif.

Kriteria tokoh yang dipilih adalah berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman yang luas, mempunyai sifat dan peribadi yang unggul serta telah memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan syiar Islam. Tokoh juga telah memberi sumbangan besar dalam pembangunan ummah selain mendapat pengiktirafan serta diterima oleh masyarakat dalam dan luar negara.


Bersempena sambutan Ma’al Hijrah pada tahun ini juga pihak RTM membawa secara Iangsung rancangan Bual Bicara Khas mulai jam 6.00 petang di studio IBC, Angkasapuri, Kuala Lumpur oleh Al-Fadhil Ustaz Elyas Ismail dan AI-Fadhilah Ustazah Asma’ Harun. Seterusnya akan diadakan upacara pengurniaan tokoh Ma’aI Hijrah dan sesi bergambar. Kemudian majlis disusuli dengan tahlil dan doa selamat serta diakhiri dengan Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun oleh Imam Besar Masjid Negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *