fbpx

Majlis Penyerahan Zakat TH 2019 Negeri Perak

Majlis Penyerahan Zakat TH 2019 Negeri Perak

IPOH, 26 Ogos 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM5,973,516.04 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu majlis ringkas di Kompleks Islam Darul Ridzuan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Al Mahgfur-lah telah berkenan menerima bayaran Zakat TH daripada Tuan Haji Shamsul Kamal bin Hussein Kamal, Ketua Pegawai Teknologi TH. Bayaran zakat bagi negeri Perak ini mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2018 (RM5,785,570.19).

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Dato’ Ahmad Saudi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin, Yang DiPertua MAIPk, Tuan Haji Rozimin Ahmed Kamil, Pengarah TH Negeri Perak dan wakil wakil agensi kerajaan dan swasta yang turut menyerahkan zakat masing masing pada majlis tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *