fbpx

Majlis Penyerahan Zakat TH 2019 Negeri Pahang

Majlis Penyerahan Zakat TH 2019 Negeri Pahang

KUANTAN, 2 September 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM4,715,801.28 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Majlis Ugama Islam Negeri Pahang (MUIP) dalam satu majlis di Istana Abdul Aziz, Bukit Istana, Kuantan, Pahang

KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah, YDP Majlis Ugama Islam Pahang telah berkenan menerima bayaran Zakat TH daripada Puan Hajah Musalimah bt Mustaffa, Pengarah TH Negeri Pahang. Bayaran zakat bagi Negeri Pahang ini mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2018 (RM4,597,045.24).

Majlis yang berlangsung penuh dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia ini turut dihadiri oleh YAM Tengku Panglima Raja Leftenan Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah, TYDP Majlis Ugama Islam Pahang, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussain, Setiausaha Majlis Ugama Islam Pahang dan tetamu jemputan daripada beberapa agensi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *