fbpx

Majlis Penyerahan Zakat TH 2019 Negeri Kedah

Majlis Penyerahan Zakat TH 2019 Negeri Kedah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM7,082,402.81 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) dalam satu majlis di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

KDYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah telah berkenan menerima bayaran Zakat TH daripada YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

Bayaran zakat bagi Negeri Kedah ini mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2018 (RM6,843,903.51). Majlis yang berlangsung penuh dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Paduka Ammar bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Syeikh Zakaria bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Encik Mohd Sani bin Harun, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Kutipan) LZNK, Haji Nawawi bin Ishak, Pengarah TH Negeri Kedah, anggota TH dan tetamu jemputan daripada beberapa agensi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *