fbpx

Majlis Penyerahan Zakat TH 2019 Negeri Johor

Majlis Penyerahan Zakat TH 2019 Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 17 Jun 2020 – Satu Majlis Penyerahan Zakat  Lembaga Tabung Haji Negeri Johor bagi tahun berakhir 2019 telah diadakan di Pejabat YAB Menteri Besar Johor.

Majlis Akad dan Penyerahan cek zakat sebanyak RM7,911,350.12 telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Mustakim bin Mohamad, Pengarah Eksekutif Operasi TH kepada YAB Datuk Ir Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor.

YB Tuan Tosrin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Dato’ Haji Mohammad Mokhzani bin Mukhtar, Pengarah TH Negeri Johor dan Tuan Haji Abdul Rashid bin Ab Rahman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor turut hadir mengiringi majlis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *