fbpx

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Agensi Agama Di Bawah Jabatan Perdana Menteri Tahun 2020

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Agensi Agama Di Bawah Jabatan Perdana Menteri Tahun 2020

PUTRAJAYA, 27 Ogos 2020 – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Agensi Agama Di Bawah Jabatan Perdana Menteri Tahun 2020 Di Dataran Kompleks Islam Putrajaya.

Sesi melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi jabatan agensi masing-masing telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Turut hadir dalam majlis tersebut iaitu YB Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary,Timbalan Menteri Agama, Ybg. Datuk Nik Hasyudeen bin Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji serta ketua-ketua agensi kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *