fbpx

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) JAKIM Prihatin Kebajikan Pekerja

29 JUN : Pada hari ini telah berlangsung Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), JAKIM yang dipengerusikan bersama antara Pengerusi MBJ Pihak Majikan, YBrs. Dr Nordin Ahmad, Pengarah Kanan ILIM yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM dan Pengerusi MBJ Pihak Pekerja, YBrs. Dr. Saadi bin Awang di Kompleks Islam Putrajaya.

MBJ merupakan medium dua hala, di mana Pihak Pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan Pihak Pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan serta menyumbang idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi.

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja dalam kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Usaha ini selaras dengan hasrat dan saranan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang sering menitik beratkan isu professionalisme serta isu kebajikan warja kerja jabatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *