fbpx

Majlis Apresiasi Kelas Pengajian Muallaf Sesi 2019/2020

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kelas Pengajian Muallaf Sesi 2019/2020 yang disempurnakan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 15 Julai 2020 (Rabu) jam 12.30 tengah hari di Dewan Seminar Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul Hidayah, Kuala Lumpur.
Majlis yang dianjurkan semenjak tahun 2008 ini bertujuan meraikan dan menghargai muallaf yang cemerlang serta sentiasa menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi sepanjang tempoh pengajian. Penyampaian anugerah dan sijil diberikan bagi kategori Tempat Pertama, Kedua, dan Ketiga kepada pelajar Tahap Lanjutan serta penyampaian Sijil Tamat Pengajian kepada 25 orang pelajar sesi Julai 2019 dan 36 orang pelajar sesi Januari 2020.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dan Datuk Haji Akbar bin Samon, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *