fbpx

MAIWP | Ziarah Pesara Kerajaan Pesakit Kencing Manis Kronik

MAIWP Cawangan Putrajaya turun kelapangan bagi menyantuni En. Hamdan di Presint 11, Putrajaya yang menghidap penyakit kencing manis kronik sejak 16 tahun yang lalu.

En. Hamdan mendapat rawatan dari hospital dan terkini kedua belah kaki beliau berbalut dengan hanya bergerak menggunakan kerusi roda. Penglihatan kedua belah mata merosot dan telah pun dibedah.

En. Hamdan bersyukur segala perbelanjaan hospital tidak dikenakan bayaran kerana beliau merupakan pesara kakitangan awam. Beliau menzahirkan ucapan terima kasih atas ziarah yang dibuat oleh MAIWP Cawangan Putrajaya.

Sedikit sumbangan telah disampaikan kepada En. Hamdan dan keluarga. Semoga Allah memberi kesembuhan dari penyakit yang dihidapi.

Terima Kasih Sahabat Penyampai Maklumat

Terima Kasih Pembayar Zakat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *