fbpx

MAIWP | Tahniah Kepada Penerima Bantuan Insentif Pelajar Cemerlang Baitulmal MAIWP / Biasiswa MAIWP

Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) ingin menyampaikan sekalung penghargaan dan tahniah kepada salah seorang penerima Bantuan Insentif Pelajar Cemerlang Baitulmal MAIWP / Biasiswa MAIWP, Syed Muhammad Arif bin Syed Malick (Syed Arif) yang akan berlepas pulang ke Malaysia pada hari ini.

Beliau telah menerima Biasiswa MAIWP sejak 2017 sehingga 2019 dalam Pengajian Islam Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir. Graduan bidang Syariah Islamiah ini sangat komited dengan pengajian di Universiti Al-Azhar serta pengajian-pengajian tambahan secara talaqqi di luar Sistem universiti. Semoga kepulangannya ke Malaysia dapat memberikan kebaikan kepada agama, bangsa dan negara. Tahniah!

Alhamdulillah, semoga zakat yang diterima dalam membantu pengajiannya di sini menjadi saham akhirat buat semua pembayar zakat Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP. Terima kasih juga Baitulmal MAIWP atas bantuan yang disalurkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *