fbpx

MAIWP | SAYA SEDANG REBUS KETUPAT, TIBA-TIBA API MARAK DARI BILIK


Keriangan sambutan Aidiladha dua keluarga di Flat Mawar, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur hari ini bertukar pilu apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran petang semalam. Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 4.00 petang itu adalah berpunca daripada sebuah rumah sebelum api tersebut merebak ke kediaman yang terletak di bersebelahan.

Kejadian kebakaran itu telah mengakibatkan sebuah rumah musnah 100 peratus, sementara dua rumah lagi rosak hampir 40 peratus. Mangsa terdiri daripada dua keluarga beragama Islam dan satu keluarga bukan beragama Islam.

Menurut maklumat daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima laporan berkenaan kebakaran pada jam 3.44 petang telah mengarahkan 24 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Hang Tuah dan Pudu bergegas ke lokasi kejadian. Kebakaran berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya pada sekitar jam 5.00 petang. Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak JBPM.

“Saya tidak menyangka kejadian ini berlaku kerana ketika api sedang marak saya sedang merebus ketupat di dapur” kata seorang mangsa yang menyatakan kebakaran bermula daripada salah sebuah bilik di kediamannya. Sungguhpun begitu, beliau bersyukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku kecuali keluarganya hanya mengalami kesesakan nafas.

Kesemua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Rumah Pangsa Hang Tuah sementara waktu menunggu rumah mereka dibaik pulih oleh DBKL. Atas dasar keprihatian terhadap musibah yang dialami, MAIWP menerusi Bahagian Baitulmal akan membantu kesemua mangsa dengan sebaiknya. Semoga keluarga yang terlibat diberikan kekuatan dan hikmah di sebalik kejadian berlaku.

Terima Kasih Pembayar Zakat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *