fbpx

MAIWP SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA PEMILIK 50 BUAH KENDERAAN TERBAKAR

 

Penyerahan Bantuan Musibah diadakan di Dewan Serbaguna Blok 43, PPR Gombak Setia  Kuala Lumpur. Ini adalah bagi usaha MAIWP bagi menyantuni yang asnaf yang ditimpa musibah.  Pada 6 Julai yang lalu berlaku kejadian musibah kebakaran di kawasan tempat letak kereta Blok 41.

Kejadian tersebut yang berlaku pada jam 5.05 pagi telah memusnahkan 47 buah motosikal dan 12 buah kereta. Atas amanah para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan, MAIWP akan menyampaikan bantuan musibah kepada 50 orang pemilik kenderaan yang terlibat dalam kebakaran tersebut. Bantuan disampaikan oleh YBhg. Datuk Haji Akbar bin Haji Samon, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP berjumlah RM1,000.00 sehingga RM2,000.00 mengikut tahap kerosakan kenderaan yang berjumlah keseluruhan sebanyak RM60,500.00.

MAIWP telah menubuhkan Skuad Musibah yang akan turun padang jika berlaku kebakaran, banjir dan bencana alam yang lain dalam tempoh 24 jam daripada maklumat yang diterima. Selain itu, MAIWP juga mempunyai Skuad Jejak Asnaf Baitulmal yang berperanan turun padang menjejaki dan menyantuni mereka yang dalam kesusahan di Wilayah Persekutuan. Skuad akan turun padang secara berkala ke kawasan-kawasan yang dikenalpasti terdapat asnaf atau mereka yang dalam kesusahan dan juga berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang ramai.

Bagi memudahkan orang ramai membuat laporan kepada MAIWP tentang mereka yang dalam kesusahan di Wilayah Persekutuan ini termasuk Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, maka MAIWP telah mewujudkan Aplikasi Mobile Jejak Asnaf atau ringkasnya MoJA. Sehingga kini, Baitulmal MAIWP telah menerima sebanyak 52 laporan menerusi MoJA ini dan Sahabat MAIWP seramai 270 orang sehingga semalam.

Orang ramai khususnya di Wilayah Persekutuan boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play Store dan sama-sama membantu menyalurkan maklumat tentang mereka yang dalam kesusahan agar dapat disantuni semaksimum mungkin oleh MAIWP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *