fbpx

MAIWP SALURKAN RM1.59 JUTA BANTUAN BAGI AKTIVITI DAKWAH DAN KEBAJIKAN

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyerahkan Bantuan Aktiviti Dakwah dan Kebajikan kepada 46 buah institusi di Wilayah Persekutuan. Bantuan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri di ibu pejabat MAIWP di Bangunan PERKIM.

Bantuan Aktiviti Dakwah dan Kebajikan merupakan salah satu daripada 28 skim bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP. Menerusi skim bantuan ini, MAIWP membantu Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) di Wilayah Persekutuan dengan menyalurkan dana zakat untuk melaksanakan aktiviti dakwah dan kebajikan.

Pada majlis ini, sebanyak RM1.59 juta dana zakat telah disalurkan kepada 46 insitusi terdiri daripada 32 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO), 9 buah Pusat Tahfiz dan 9 buah Rumah Kebajikan.

Antara institusi yang menerima bantuan ini adalah Global Unity Network, Persatuan Cina Muslim Cawangan Wilayah Persekutuan (MACMA WP), Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Malaysia (PERTIS), Persatuan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA), Rumah Amal Asnaf Al-Barakh dan Maahad Ad Dirasatil Islamiyyah.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengerusi MAIWP, Dato’ Sri Syed Hussien AlHabshee dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Haji Akbar bin Haji Samon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *