fbpx

MAIWP | REMAJA EKSIDEN MEMERLUKAN BANTUAN SUSU DAN PAMPERS

Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP telah turun menyantuni adik Mohd Adha Naim telah ditimpa Musibah Kemalangan motor di Taman Wilayah Selayang, Kuala Lumpur.

Adik Mohd Adha Naim telah ditimpa musibah kemalangan motor semasa mengikuti program konvoi di Seremban pada 5 Julai 2020 yang menyebabkan kecederaan serius pada kepala, urat saraf mata, selain patah tulang selangka dan tulang 2 jari sebelah kiri beliau.

Adik Mohd Adha Naim yang berumur 19 tahun telah mendapat rawatan di Hospital Seremban dan kini membuat rawatan susulan di Hospital Selayang dan Sungai Buloh.

Hasil temubual bersama ayah dan ibu beliau, pihak skuad mencadangkan agar ayah beliau memohon bantuan Musibah, dan bantuan Perubatan Am bagi keperluan Susu dan Pampers untuk adik Mohd Adha Naim.

Pihak skuad juga mendoakan agar adik Mohd Adha Naim diberikan kesembuhan dan keluarga beliau dipermudahkan segala urusan.

Terima Kasih Pembayar Zakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *