fbpx

MAIWP | PEMANDU TEKSI BERDEPAN DENGAN KESEMPITAN HIDUP

21 September 2020(Isnin) – Pakcik Zul,71, menyara keluarganya dengan bekerja sebagai Pemandu Teksi sejak beberapa tahun yang lalu. Namun begitu disebabkan kesihatan yang kurang baik dan kerap jatuh sakit, Pakcik Zul sering berdepan dengan masalah terputus perbelanjaan sara hidup.

Manakala isterinya pula telah disahkan menghidap kanser rahim dan juga sakit usus yang kronik. Keadaan bertambah sukar apabila beliau masih perlu menanggung seorang anak yang berstatus OKU walaupun usianya telah menjangkau 35 tahun.

Menurut isterinya Makcik Sri Layu, 63, suaminya itu perlu memulangkan teksi yang disewanya kepada pihak syarikat akhir bulan ini memandangkan tempoh kontrak telah tamat. Hal tersebut telah mendatangkan kebimbangan kepada Pakcik Zul mengenai bagaimana beliau ingin mencari rezeki bagi menanggung nafkah keluarganya kelak.

Bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini, Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP akan mempertimbangkan kenaikan kadar bagi Bantuan Kewangan Bulanan yang diterima mereka selama ini. Selain itu Baitulmal MAIWP juga akan bersedia membantu bagi membiayai kos rawatan dan juga keperluan perubatan Makcik Sri Layu sekiranya ada.

Terima Kasih Pembayar Zakat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *