fbpx

MAIWP | MIMI LOMA PENERIMA BANTUAN BAITULMAL MAIWP SEJAK 2012

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, telah turun padang menziarahi Puan Aminah Ismail atau dikenali sebagai Mimi Loma adik kepada Allahyarhamah Puan Sri Saloma, Biduanita Negara.

Mimi Loma, 74 tahun, menghidap penyakit kronik tibi mata, katarak mata, Artheritis, darah tinggi dan kolesterol yang kini mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli telah menyampaikan Bantuan Zakat Kecemasan berjumlah RM1,000.00 bagi meringankan lagi beban Mimi Loma.

Beliau yang ditemui ketika mengadakan lawatan tersebut berkata MAIWP menerusi Bahagian Baitulmal amat prihatin dan cakna dengan mereka yang dalam kesusahan dan menjadi tanggungjawab MAIWP untuk membantu mereka yang memerlukan.

Selain itu, MAIWP juga telah menyantuni Mimi loma dengan menyalurkan Bantuan Zakat Sewa Rumah bermula tahun 2014 sehingga kini.

Beliau juga menerima bantuan perubatan am berbentuk lampin pakai buang dewasa dan pernah menerima beberapa bantuan lain seperti Bantuan Aidilfitri dan Bantuan Peralatan Kesihatan berupa cermin mata.

Mimi Loma berasa terharu atas kunjungan YB Senator Menteri dan beliau menzahirkan rasa syukur atas bantuan yang diterima daripada Baitulmal MAIWP dan ia amat membantu beliau.

Pada masa yang sama YB Menteri turut menyeru orang ramai untuk memuat turun aplikasi ini untuk membantu melaporkan mereka yang dalam kesusahan di Wilayah Persekutuan.

MAIWP telah melancarkan aplikasi MoJA pada 23 Jun lalu bagi memudahkan orang awam melaporkan asnaf yang memerlukan bantuan kepada Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

#MAIWP #MoJA #bantuanZakatSewaRumah#bantuanPeralatanKesihatan #bantuanPerubatanAm

One thought on “MAIWP | MIMI LOMA PENERIMA BANTUAN BAITULMAL MAIWP SEJAK 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *