fbpx

MAIWP | MAIWP menghargai kejayaan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL)

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menghargai kejayaan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) di persada antarabangsa sebagai satu-satunya pemenang Pearson LCCI Centre Award 2020 – GOLD dari Pearson United Kingdom dengan menyerahkan sijil penghargaan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP yang telah berlangsung pagi tadi di Dewan Seminar, Aras 1, (MAIWP).

Sijil penghargaan ini telah diserahkan oleh YBhg. Datuk Haji Akhbar Bin Samon, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah (MAIWP) kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPB MAIWP dalam Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP pagi ini.

Dalam majlis ini juga diserahkan sijil penghargaan kepada pelajar KPBKL, Mas Idayu Binti Munip yang telah menerima anugerah Country Gold Award bagi subjek Pearson LCCI Level 2 Certificate in Business Calculations.

KPBKL amat bersyukur dan teruja dengan pengiktirafan dari MAIWP ini.

#jompilihkpb #intake #september #homegrown #uitm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *