fbpx

MAIWP LANCAR APLIKASI MoJA

 

MAIWP telah melancarkan aplikasi Mobile Jejak Asnaf atau dikenali sebagai MoJA. Pelancarannya telah disempurnakan oleh Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.

MoJA merupakan aplikasi mudah alih yang membolehkan sesiapa sahaja membantu MAIWP dalam mengesan dan melaporkan asnaf di Wilayah Persekutuan.

Aplikasi ini dilengkapi dengan ciri-ciri pengesanan lokasi GPS bagi memudahkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP untuk turun padang terus ke lokasi yang dilaporkan. Pengadu juga boleh mengambil gambar dan memuat naik menerusi aplikasi tersebut bagi memudahkan rujukan Skuad Jejak Asnaf.

Menerusi aplikasi ini, ianya akan memudahkan orang awam melaporkan asnaf yang memerlukan bantuan kepada Skuad Jejak Asnaf pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Dengan cara ini, MAIWP akan dapat membantu seramai mungkin mereka yang dalam kesusahan dan mengurangkan kadar keciciran.

Orang ramai khususnya di Wilayah Persekutuan boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play Store dan Apple Apps Store dan sama-sama membantu menyalurkan maklumat tentang mereka yang dalam kesusahan agar dapat disantuni semaksimum mungkin oleh MAIWP.

Muat turun aplikasi MoJA disini: MoJA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *