fbpx

MAIWP | KPBKL telah Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM

25 Sept – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pagi ini di The Grand Ballroom, Boraombak Marina Putrajaya dalam Majlis Menandatangi Memorandum Persefahaman (Mou) di antara YADIM dengan Institut Pengajian Tinggi Malaysia.

Memorandum ini bertujuan melibatkan para akademik dalam pelbagai disiplin ilmu, tokoh ulama/ sheikh institusi pondok dan mahasiswa menjalin kerjasama serta memperkasa dan mempelbagaikan kegiatan dakwah dalam aktiviti penyelidikan, penerbitan media, kepimpinan mahasiswa, khidmat masyarakat, latihan dan pembangunan bakat yang dilaksanakan secara berhikmah dan konsisten.

Majlis menandatangani MoU ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.

KPBKL telah diwakili oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL dan Pn. Rokiah Yunus, Pendaftar KPBKL.

Manakala YADIM telah diwakili oleh Ustaz Hj Nasrudin bin Hassan, Yang Dipertua YADIM dan Tuan Kamarul Arief bin Tuan Soh, Ketua Pegawai Eksekutif.

Sebanyak 11 buah universiti dan satu institusi pondokterlibat dalam majlis ini iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Multimedia Universiti (MMU), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia (PMPS).

Tahniah KPB! Semoga kerjasama ini akan membawa KPBKL sebaris dengan IPT yang lain.

JOM PILIH KPB!

Permohonan online bagi kemasukan Oktober 2020 program usahasama KPB- UiTM telah dibuka.

Mohon Segera!!

Klik link dibawah untuk memohon:
http://www.kpbkl.edu.my/permohonan-secara-online/

Pemohon boleh menyemak status permohonan di http://cms.kpbkl.edu.my/online/periksa_status.php dan print surat tawaran dalam masa 3 hari bekerja.

ATAU

Hubungi nombor berikut untuk pertanyaan lanjut:
☎️Dr. Fitri. www.wasap.my/60173131800
☎️Pn Kasniah www.wasap.my/60192606778

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *