fbpx

MAIWP | KASIH ADIK KEPADA KAKAK HINGGA KE SYURGA

Aduan Mobile Jejak Asnaf (MoJA)
No.Kes A00000153

25 September 2020 (Jumaat) – Walaupun Makcik Salmiah 70, terlantar sakit akibat strok dua minggu yang lalu, akan tetapi beliau bernasib baik kerana dikurniakan adik-beradik yang amat prihatin kepadanya. Hampir kesemua adik-beradik mereka tinggal bersama di rumah pusaka peninggalan ibu dan ayah mereka. Makcik Salmiah merupakan seorang ibu tunggal sejak kematian suaminya pada 40 tahun yang lalu.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, beliau mempunyai dua orang anak dan salah seorang daripadanya telahpun meninggal dunia. Sejak kehilangan suaminya itu, beliau tinggal bersama 3 orang adiknya yang masing-masingnya telah berkahwin dan berkeluarga. Menurut salah seorang daripada adik Makcik Salmiah, kakak sulung mereka ini mudah dijaga dan tidak banyak karenah.

Namun sejak beberapa minggu ini, selera makan Makcik Salmiah berkurang dan menyebabkan berat badannya menurun secara mendadak. Hal ini mendatang kebimbangan kepada ahli keluarganya memandangkan keadaan kesihatan Makcik Salmiah yang tidak menentu. Selain strok yang dialami, Makcik Salmiah dikatakan turut menghidap sakit kencing manis dan darah tinggi yang agak kronik.

Meskipun Makcik Salmiah mempunyai pendapatan daripada pencen peninggalan Allahyarham suaminya, namun ianya tidak dapat menampung sepenuhnya bagi keperluan sara hidup dan perubatannya. Perbelanjaan Makcik Salmiah dibantu oleh adik-beradiknya yang lain tanpa keluhan tanda kasih sayang adik kepada kakak mereka.

Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP hari ini telah mencadangkan beberapa bantuan yang sesuai diantaranya Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Perubatan Am (pampers dan katil hospital). Keluarga Makcik Salmiah menzahirkan ucapan terima kasih atas bantuan yang disalurkan.

Terima Kasih Pembayar Zakat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *