fbpx

MAIWP | Hilang Tempat Berteduh

 

Prihatin dengan musibah yang menimpa, Pengurus MAIWP Labuan, Encik Ahmad Saifuddin Md Tahir menyampaikan simbolik penyerahan Skim Bantuan Musibah kepada dua keluarga mangsa kebakaran. Kedua-dua keluarga hilang tempat berteduh setelah rumah yang didiami musnah dalam kebakaran baru- baru ini.

Encik Sulaiman Yunos,43 tahun di Kampung Lajau menerima RM3,000 melalui Skim Bantuan Musibah. Manakala Encik Amirul,22 tahun mewakili ibu di Taman Mutiara Kampung Sungai Bedaun menerima RM3,750.00 juga melalui skim bantuan yang sama.

Pada masa yang sama,Pengurus MAIWP Labuan berkesempatan meyantuni keluarga Encik Mirwan Ahmad,45 tahun di Kampung Ganggarak. Beliau sekarang sedang dirawat di Hospital Labuan kerana mengalami masalah kesihatan buah pinggang,asma dan diabetis.

Encik Mirwan mempunyai 5 tanggungan anak serta isteri. Telah diberhentikan kerja sejak PKP kerana mempunyai masalah kesihatan. Atas keprihatinan pihak MAIWP, keluarga Encik Mirwan menerima Bantuan Kewangan Bulanan, Bantuan Sewa Rumah Bulanan, Bantuan Menyelesaikan Hutang, Bantuan Kecemasan serta Bantuan Am Persekolahan untuk anak- anak.

MAIWP berharap dengan bantuan yang disalurkan kepada ketiga- tiga keluarga dapat meringankan beban yang ditanggung. Terima kasih pembayar zakat, amanah anda MAIWP tunaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *