fbpx

MAIWP | Graduan Universiti Al-Azhar jurusan Syariah Islamiah akan pulang ke Malaysia.

21 September 2020 (Isnin) – Hari ini, salah seorang graduan Universiti Al-Azhar jurusan Syariah Islamiah, Muhammad Naeim bin Mohd Najib ( Naeim Najib) akan pulang ke Malaysia. Beliau merupakan salah seorang penerima Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang MAIWP sejak 2016.

Lepasan SMA MAIWP ini cemerlang di peringkat STAM 2015 dengan pangkat MUMTAZ dan meneruskan kecemerlangan di peringkat ijazah Sarjana Muda Syariah sehingga beroleh keputusan Jayyid Jiddan pada tahun pertama dan tahun keempat pengajiannya di Universiti Al-Azhar.

Berkat kecekalan dan usahanya menuntut ilmu, doa dari kedua ibu bapa, dorongan rakan-rakan serta sokongan pembayar zakat Wilayah Persekutuan, maka hari ini beliau akan pulang kembali ke tanah air, memberi khidmat kepada agama, bangsa dan negara. Tahniah diucapkan!

Terima kasih pembayar zakat Pusat Pungutan Zakat
Terima kasih Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Terima kasih Baitulmal MAIWP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *