fbpx

MAIWP | GADIS MUDA HIDAP TUMOR OTAK RAYU BANTUAN UNTUK JALANI PEMBEDAHAN

Aduan Mobile Jejak Asnaf (MoJA)
No. Kes : A00000147

25 September 2020 (Jumaat) – Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP telah turun menyantuni Cik Amiza di Wangsa Maju, Seksyen 2, hasil aduan di Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MOJA). Cik Amiza 21 tahun, sebelum ini seorang yang sihat dan tiada sebarang sakit kronik. Beliau menyara dirinya dengan bekerja sebagai pembantu Klinik Swasta berdekatan rumahnya.

Cik Amiza yang masih bujang itu tinggal bersama ibu saudara sejak setahun yang lalu kerana sudah kematian ibu kandungnya manakala bapa beliau pula tinggal bersama isteri yang lain. Beliau sendiri tidak menyangka akan diuji sakit seperti ini. Kisahnya bermula apabila beliau seringkali merasa sakit kepala beberapa minggu yang lalu sehinggakan penglihatan beliau menjadi kabur dan pendengaran turut terjejas.

Beliau yang sebelum ini yang sememangnya menggunakan kacamata terpaksa menempah cermin mata baharu kerana kacamata yang lama sudah lagi tidak dapat membantunya melihat. Namun apabila diukur tahap rabunnya mendapati tiada cermin mata yang dapat membantu beliau melihat lagi. Oleh kerana itu beliau segera merujuk Hospital Kuala Lumpur dan disahkan menghidap ketumbuhan pada otak yang menekan saraf mata sehingga mengganggu penglihatan.

Beliau dikehendaki menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu pada awal Oktober ini. Apabila disahkan menghidap penyakit ini, beliau telah dinasihatkan oleh majikan agar berhenti daripada bekerja. Kesihatan beliau tidak seperti dahulu lagi, selain gangguan kepada penglihatan dan pendengaran beliau turut tidak boleh berdiri mahupun berjalan dalam tempoh yang lama.

Hasil pertemuan ini mendapati Cik Amiza boleh dibantu dengan beberapa bantuan diantaranya Bantuan Kewangan Bulanan dan Bantuan Kecemasan kerana kehilangan sumber pendapatan. Selain itu beliau juga layak dibantu dengan Bantuan Perubatan bagi menampung kos pembedahan serta keperluan perubatan yang mungkin diperlukan selepas menjalani pembedahan kelak.

Terima Kasih Pembayar Zakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *