fbpx

MAIWP | ANGGOTA POLIS ALAMI STROK MENDAPAT PERHATIAN BAITULMAL MAIWP

28 Julai 2020 (Selasa) – Bertindak atas aduan awam yang diterima, Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP turun padang bagi menyantuni En. Fadzil di kediamannya yang terletak di Keramat AU1, Bandar Hulu Kelang awal malam tadi. Ziarah ini mendapat perhatian daripada pihak pengurusan tertinggi MAIWP apabila Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) iaitu YBrs. Ustaz Mohd Nizam bin Haji Yahya sendiri bertindak turun ke lapangan bagi menyampaikan bantuan.

En. Fadzil yang berkhidmat sebagai anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dikatakan tidak dapat bertugas sejak mengalami strok separuh badan pada awal Julai yang lalu. Pn. Shafila yang juga seorang anggota polis berkata beliau sering mengambil cuti untuk membawa suaminya itu membuat rawatan susulan di hospital.

Selain itu, mereka juga terpaksa menghantar 3 orang anaknya ke kampung halaman bagi menumpukan rawatan dan penjagaan En. Fadzil sepenuhnya. Menurut Pn. Shafila beliau berkata terpaksa meninggalkan suaminya itu seorang diri di rumah apabila Pn. Shafila keluar bekerja.

Sungguhpun ubat-ubatan dan kos rawatan ditanggung oleh kerajaan disebabkan En. Fadzil merupakan seorang penjawat awam namun mereka terkesan apabila suaminya memerlukan kepada penggunaan lampin selain perlu menanggung kos rawatan alternatif yang diusahakan kedua mereka. Malam ini, En. Fadzil dan isteri menerima Bantuan Kecemasan berbentuk wang tunai bagi menampung perbelanjaan mereka sekeluarga buat sementara waktu.

Kedua pasangan suami isteri ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Baitulmal MAIWP atas bantuan yang dihulurkan kepada mereka. Semoga En. Fadzil kembali sihat dan dapat bertugas semula.

Terima Kasih Pembayar Zakat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *