fbpx

MAIWP | ANAK-ANAK YATIM DARUL KIFAYAH MAIWP CEMERLANG

KUALA LUMPUR, 26 Sept– Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Majlis Anugerah Anakku Cemerlang Darul Kifayah Tahun  2020 bagi anak-anak yatim dan anak-anak fakir miskin di Wilayah Persekutuan hari ini.

Majlis yang sederhana ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien AlHabshee Pengerusi MAIWP.

Selain menyediakan tempat tinggal MAIWP juga memastikan anak-anak ini tidak tercicir daripada mendapat peluang Pendidikan. Mereka dihantar ke sekolah-sekolah di sekitar Darul Kifayah. Mereka juga turut diberikan kelas-kelas tambahan di Darul Kifayah di luar waktu pelajaran sekolah. MAIWP telah menyediakan satu tindakan baik dengan menyediakan kemudahan pembelajaran secara percuma kepada pelajar-pelajar ini.

Usaha MAIWP ini telah menampakkan hasilnya apabila para penghuni di kompleks ini memperolehi keputusan cemerlang dalam akademik pada hari ini.

Dalam majlis yang penuh makna ini seramai 16 orang pelajar akan menerima Anugerah Pencapaian Matapelajaran Terbaik, 7 orang akan menerima Anugerah Pelajar Terbaik keseluruhan mengikut peringkat tahap dan seramai 5 orang akan menerima Anugerah Pelajar Terbaik mengikut penilaian peperiksaan.

Selain itu, turut diadakan ialah penyampaian Tokoh Anugerah Khas kepada seorang bekas penghuni Darul Kifayah yang kini mendapat tawaran biasiswa Petronas untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Of Wisconsin-Madison Amerika. Lebih membanggakan MAIWP apabila beliau bukan hanya sebagai penghuni Darul Kifayah bahkan juga belajar di sekolah milik MAIWP iaitu bersekolah di Sekolah Menengah Agama MAIWP.

Seterusnya sebagai inspirasi kepada para pelajar Darul Kifayah MAIWP turut memberikan satu lagi anugerah khas iaitu Anugerah Tokoh Alumni Cemerlang.

Turut hadir Dato Haji Mohamad Bin S. Ahmad – Pengerusi Jawatankuasa Darul Kifayah dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Haji Akbar bin Haji Samon, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) MAIWP, Ustaz Mohd Nizam Bin Haji Yahya dan Pengarah JAWI, Ustaz Haji Ajib Bin Ismail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *