fbpx

LAWATAN YAA DATO’ DR. HJ. MOHD NA’IM BIN HJ MOKHTAR KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA KE JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH WILAYAH PERSEKUTUAN

 

26 JUN 2020 – YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkesempatan membuat lawatan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP).

Ini merupakan pertemuan kali pertama YAA Dato’ Dr. dengan Puan Hajah Noor Hadina binti Haji Ahmad Zabidi sejak beliau dilantik sebagai Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan pada 22 April 2020 bagi menggantikan YA Tuan Abdul Razak bin Mat Nayan yang telah bertukar penempatan beliau ke Mahkamah Syariah Negeri Melaka berkuat kuasa pada 2 Februari 2020 yang lalu.

Lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan di antara JKSM dengan JAPENSWP terutama dalam usaha untuk memperkukuhkan bidang perundangan dan kehakiman Syariah di Wilayah Persekutuan dan di Malaysia secara amnya. Di samping itu juga, YAA Dato’ turut bekesempatan melawat semua bahagian di JAPENSWP.

YAA Dato’ Dr’. turut mengharapkan agar pihak JAPENSWP akan terus menyokong usaha JKSM dalam menyeragamkan dan memertabatkan sistem perundangan dan kehakiman Syariah di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *