fbpx

KUNJUNGAN HORMAT JAPENSWP KE JAWI

 

 

23 JUN 2020 – Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP), Puan Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi telah membuat kunjungan hormat kepada YBhg. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 11, JAWI.

Delegasi dari JAPENSWP ini turut disertai oleh Puan Zuraidah binti Ayob, Timbalan Pengarah Perbicaraan, Rayuan dan Penyelidikan Perundangan serta dua orang Pendakwa Syarie.

Pertemuan dimulakan dengan ucapan tahniah oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail atas perlantikan Puan Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi sebagai Pengarah/Ketua Pendakwa Syarie JAPENSWP berkuatkuasa 22 April 2020 yang lalu.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana yang mesra ini telah membincangkan beberapa isu serta usahasama antara JAPENSWP dan JAWI dalam memperkukuhkan lagi jalinan ukhwah dan hubungan dua hala pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *